When I grow up.. I wannabe a Dr.

Five guys. Malaysians. Once medical students. Once stuck in a house in Summerstown Cork. NOW all Doctors, going separate ways. What will they be up to?? ish macam macam.....

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, November 11

Selasa malam with u know who..

cakap-cakap brainbarrier

Salam.

Jom sembang psl ‘hubungan 2 hala’

Ok..katakan.. aku ni supporter PAS..katakan lah..
And if PAS pegang federal.. pastu buat polisi yang menguntungkan org islam (muslim secara general ) dunia&akhirat.. aku sure happy punye.. ye tak? Sure aku akan gain something tak kisah la physical/emotional.

Katakan kalau salah sorang ahli keluarga kita meninggal dunia..sure sedih..(logic la kan).

Ok..

Kalau man utd kalah (baru2 ni kalah 2-1), man utd die-hard fans sure tensen tak senang duduk..ok tukar team pulak..chelsea kalah European cup final last year sure die hard fans Chelsea meraung2 kesedihan lepas tu.

Or.. contoh lain...penyanyi dlm 'x factor' terkeluar..or salah sorang peserta survivor tersingkir akibat tak pandai buat pencaturan yg mantap untuk survive… sure die hard fans derang tensen giler babs, kecewa, sedih..

Sume ni contoh je..entah betul entah tidak.

The point here is manusia mmg pelik. Aku penyokong Liverpool FC. Kalau Liverpool kalah aku akan rasa kecewa dan tensen.. apa hal ni? What the tuuuut!?? Biar ar kalah bukan kacau hidup aku pun apa pasal aku nk kecewa..tak gitu? Liverpool tak kisah pon kalau aku fail medicine!

Kalau penyanyi favorite dalam x factor keluar..apsal nk tensen2 sampai hilang mood nk studi? Penyanyi tu tak kenal pon korang! Pi mamp** la sama depa…tak gitu? Ke tak kisah? Penyanyi tu bukan akan dtg bilik korang sambil cakap ‘lepak ar beb.. jgn sedih..nanti aku blanja cendol’.

contoh kt atas skali tu mmg berbeza.. contoh..katakanlah.. kalau PAS tak pgg federal.. sure ade la bbrapa Islamic law yg x dpt dilaksanakan.. and aku patut rasa kecewa kt situ. Kan? Yup ini melibatkan hidup…dan mati..

I can’t help me self. Can u?

Aku rasa ni tektik2 org yg nk kita berpaling tadah dari buat something yg betul2 useful&meaningful to our lives. And they do succeed to a certain degree.

-idea cetusan mael tahun lepas. Kudos to him-

9 kritikus:

Anonymous said...

betol2...manusia mmg pelik..nak bagi satu contoh bleyh??bleyhh la kan..camni la..katakanlah org2 kat south afrika mati kebuluran xder makanan..katakanlah..apa hubungan dier dgn kita..nak kata seagama tidak lah kot..tp naper ramai dok berdoyon2 mintak kutip derma tolong dorang..kalo dorang mati bukan effect ko pun..wat pa ko nak kesayhh kan..ko tiap ari yg kompom ko makan 5 kali sehari gak kan..contoh la..contoh..manusia nih mmg pelik aa..

point nyer disini..manusia x perlukan hubungan 2 hala untuk mencari kepuasan hidup dan adakah kita hanyer perlu melihat apa untungnyer di pihak kita utk memulakan hubungan 2 hala??x perlu kot rasanyer..fitrah manusia adalah untuk bertindak balas terhadap environment dari sekecil2 zarah sehinggalah sebesar2 alam..tapi ada org lebih peka terhadap perkara laen dan ader yg laen pulak peka terhadap perkara laen..kalo sumer nak peka terhadap perkara sama..saper nak peka bender2 yg laenn kan..hehehe...ini pendapat..x semestinyer betolkan..pendapat

Anonymous said...

hehe
satu contoh yg 'superb'
tahniah

izadiskandar said...

Saya paling stuju dgn contoh Afrika anonymous tu.(pembetulan, bukan south afrika, negara tu kaya, x kebulur berbanding negara afrika lain).

Contoh yg lain agak tak kukuh sedikit. Saya memang tidak faham kenapa housemates saya tension dan emotional semacam lepas kalah bola. Xfactor pun satu, tapi tak la emo semacam kot.

I think its because we SAW ( and feel) what they are going through, and we identify with them, so we emphatise..

simple facts.

Yang pasal isu parti politik tersebut, tak semestinya parti yang bernaung dibawah nama agama mampu memimpin sesebuah negara. Bukan sebarang parti boleh membawa negara ke arah kemajuan.
Contoh terbaik, Cuba google atau wikipedia negara yg merdeka sama tahun dgn negara kita, and cuba bandingkan kemajuan mereka dgn kita. dalam masa terdekat saja, kita jauh lebih maju.

With that said, I didnt say the current government is perfect, without flaws. As I see it now, tiada party cukup kredible, tiada pemimpin yang cukup kuat untuk teruskan kecemerlangan Malaysia setakat ini.

I have a feeling we might plateu .... tapi, kena juga ingat, salah pilih, malaysia boleh menjunam. Contoh, indonesia. Pray to God it wont be that way.

Aku terlalu sayangkan Malaysia to let it burn down to the ground.

Anonymous said...

izad stick to the isu la.. ni bukan isu parti agama or negara maju or not.. it's hubungan 2 hala

aaa..bab afrika..ada apa di sebalik makanan/derma?

izadiskandar said...

erm.. its my comment. Up to me.

Anonymous said...

makanan/derma tue hanya laluan utk mereka sentuh hati orang2 di afrika bagi meluaskan fahaman mereka...

Anonymous said...

there u got it.hubungan 2 hala.

Anonymous said...

nak luaskan fahaman?fahaman aper?terhdap dunia..sumer bender yg kiter wat dalam dunia nih akan meluaskan fahaman kiter..and 1 more thing..igt x biology dulu2..simbiosis..sumer bender dlm dunia nih bersimbiosis..makanyer..sumer bender yg kita wat akan menghasilkan hubungan dua hala..sama ada menguntungkan atau merugikan...in case of football and x factor ker wutsoever..it is a 2 ways relationship.kenaper??

sbbnyer..peminat bola kenapa dier tgk bola??utk menyalurkan minat dier..kalo ko minat bola gengila tp tadak org pun nak men bola so mana ko nak salurkan minat ko??takkan ko sorang beriya2 nak men bola ker nak wat league ker sensorang kan..so dgn melihat org bermain bola ko meluahkan apa yg terbuku ataupun minat ko secara tidak langsun..adakah ituh bukan hubungan 2 hala namanya..u r benefited as well..

contoh laen lagi....napa ko dgr lagu2 kat radio ker ipod ker maner2...ko beli cd ker aper ker..ko berkobar2 beli cd nak dgr lagu pebret ko wat pa...tak ker ko menguntungkan artis tuh...ko beli dier yg kaya...dier bukan kesayh pun pasal ko kalo dier kaya..ko yg beriya2 nak beli cd dier wat pa?sbb ko beli utk menyalurkan minat ko dalam music..kesukaan ko mendegar lagu..the u go..hubungan 2 hala..

sama juga memberikan sokongan terhadap apa yg kita suka..menyalurkan minat kita kearah sesuatu..maka hubungan 2 hala..

i believe there's no such thing as 1 way relationship..it does not exist..kan Allah dah kata manusia dilahirkan secara berpasang pasangan..and for me its not only refers to kawen semata2..its general..maksudnyer..setiap bender atas bumi nih ader perkaitannya dan sumernyer saling melengkapi..

makanya..xperlu la kita utk kata kalo tgk bola pastuh emo2 kalo kalah n tgk x factor ker kalo tersingkir emo2 tuh membuang masa atau tindakan pelik lagi bodoh manusia..manusia bersimbiosis sesama alam dan sesama manusia..maka hubungan 2 hala adalah perkara yg x boleh dielakkan..dan reaksi2 ituh adalah reaksi normal sebagai manusia normal..i happens to everyone..takkan nak kata sumer org dalam dunia nih pelik kot..kalo pelik maksudnyer Allah menciptakan maklhuk yg sgt pelik atas muka bumi ini..hehehe

Anonymous said...

pergh anon
banyak betul berkata2.bagus2.
menyalurkan minat la, berpasang-pasangan la.
well memang tak salah menyalurkan minat. yup Allah jadikan org berpasang-pasangan.
minat yg macam mana tu? yg menguntungkan kita? atau menguntungkan masyarakat? atau merugikan kita? atau yg lagi teruk merugikan masyarakat? harap2 nampak isu yg aku cuba bangkitkan skrang.