When I grow up.. I wannabe a Dr.

Five guys. Malaysians. Once medical students. Once stuck in a house in Summerstown Cork. NOW all Doctors, going separate ways. What will they be up to?? ish macam macam.....

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, March 29

BREAKING BAD NEWS

cakap-cakap izadiskandar

Entry kali ini akan ditulis dalam bahasa malaysia.
26 hb mac 2009 - 9pagi.
8:15am - Hari ini bermula dengan presentation kelab jurnal di bilik latihan pranatal.
Topic kali ini adalah kajian CLASP. Aku mempunyai lebih tenaga hari ini berbanding hari lain, dan lebih aktif bertanyakan soalan.

Setelah selesai presentation tersebut, aku, H dan K naik ke wad M3 untuk mencari konsultan S untuk wad bulat pagi (morning ward round).

Setibanya aku di sana, seorang doktor Peads nampak aku dan terus menuju ke arah saya. lalu bertanyakan soalan " Are u malaysian?" Aku tersenyum.

"Proudly", kataku. Kami semua tersenyum. "Ok mari ikut saya" katanya.

Aku pun ikut dia sepanjang koridor wad hingga tiba di depan sebuah pintu bilik wad. Di situ ada "isteripertengahan"(midwife), konsultan Peadiatrics dan juga beberapa doktor lain, rata rata dalam 6 orang semuanya.

Konsultan itu berkata padaku "Breaking bad news...."

Langsung air mukaku berubah.

"Saya perlukan kamu untuk menjadi kata alih suara (translator) untuk saya"

Aku berkerut kening. Hah??

Terpikir sebentar - 'translate bahasa amende? aku bukannya tahu bahasa lain..'

Dia sambung lagi. "Pesakit ini adalah malaysian chinese, tidak berapa fasih dalam bahasa Inggeris, dan kami akan beritahu berita "terminal"", katanya.

Terdetik hatiku - 'Aiseyman, ni berat ni. Berat.....'

"Okay, I can help." Kataku, sambil cuba sembunyikan kerisauanku dengan senyuman.

Dengan perasaan tak sedap hati, tak termasuk berdebar, aku lapangkan otak dari semua anggapan senario tentang apa mungkin telah berlaku.

Aku tak mahu pengetahuan dan anggapan perubatanku mengganggu proses alihbahasa yang adil.

Pintu di ketuk, dan kami pun masuk.

Dalam bilik itu kelihatan seorang wanita berbangsa cina berusia sekitar 35 tahun sedang duduk diatas katil berpakaian pyjamas, bersama seorang jururawat yang menjaganya. Bilik itu sederhana besarnya, selesa buat sorang pesakit. Cahaya matahari pagi menyinari masuk melalui tingkap besar di sebelah katil.

Dia tengok kami satu persatu. Dia tengok aku, kemudian doktor lain, kemudianku lagi, dua tiga kali, cuba meneka siapa aku ini.

Konsultan itu pun bersuara. "Selamat pagi, apa khabar puan P?, cukup tido malam semalam? sudah makan pagi?", dalam bahasa Inggeris. Puan P senyum dan angguk "yes".

Lalu Aku pun memperkenalkan diriku dalam bahasa Inggeris "Hello, saya Izad, salah satu junior doctors di sini" dan salam tangannya.
Secara langsungnya aku bertanya dalam bahasa Malaysia "Puan paham bahasa Malaysia tak?" Mukanya bersinar, dan senyum lebar, bagaikan lega melihat seangkatan warganegara sama. "ya, pahamm..."

"Apa khabar puan?"

"Ok, tak sakit sangat...", sambil senyum.

Dia nampak seperti orang yang sangat selesa berbahasa Malaysia berbanding Inggeris, mungkin berasal dari bahagian luarbandar Malaysia.

Aku berpaling ke konsultan, lalu berkata dalam bahasa Inggeris, "Yes, saya paham dia, dan dia paham saya. Boleh proceed"

Konsultan angguk dan terus berkata, "Beginilah puan p, seperti yang puan tahu, bayi puan lahir sangat awal, 24 minggu sahaja.

Dan semalam selepas kami C-section puan, bayi puan dibawa terus ke neonatal ward untuk dirawat"

Konsultan tengok saya, Lalu saya translate kata-katanya ke bahasa Malaysia (seperti diatas).

Puan P angguk mengerti. "ok, jadi?"

"ok and?", aku alihbahsa kembali.

Konsultan pun kata, "Sekarang ini keadaan bayi puan makin melarat, kami lihat ada pendarahan otak dalam kepalanya"
Setelah dialihbahasa, Puan P berkata, "Tapi, bagaimana keadaannya hari ini berbanding semalam?"
Konsultan membalas, "Keadaannya semakin teruk, pendarahannya semakin banyak, dan ini memberi kesan pada otak, buah pinggang, dan paru parunya". Aku alihbahasa setepat mungkin.

Puan P toleh padaku lantas bertanya, "Tak ada apa apa ke yang doktor boleh buat??".
Aku tengok pada Konsultan,"Is there anything you can do, doctor?"

Konsultan berkata, "Maaf puan. Bayi puan sangat muda, paru parunya tidak cukup kuat untuk bernafas, buah pinggangnya sudah tidak berfungsi, dan otaknya berdarah. Kami rasa lebih baik kami berhentikan 'ventilator' dan beri kan masanya untuk meninggal dunia dalam dukungan puan daripada meninggal di dalam ventilator"

Ayat yang panjang lebar itu aku 'digest' sebentar, lalu mula translatekan perkataan demi perkataan kepada Puan P yang terpaku mendengar, di hadapan 5 doktor dan jururawat lain..

Taat ku mengutarakan perkataan "meninggal dunia", bagai tak disangka, Puan P beku. Matanya bergenang, airmata menitis turun ke pipi. Setiap titisan dirasa setiap insan yg berada di dalam bilik itu.

Suasana senyap sepi.

Dengan suara sebak serak pilu, dia berkata "Doktor, tolonglah. Tak ada apa apa ke yang doktor boleh buat? keluarkan lah darah itu, bagilah ubat. Baikkan dia balik doktor. Tolong lah...."
She looked at me... Clearly trying to find help... clearly wanted to be given hope. HOPE.
Anything to make this better. Anything to clear this surreal news away.

And I translate it. Word by word.

Konsultan tu pun kata, "Maaf puan, tapi kami dah buat apa yang termampu.... eloklah puan telefon suami puan,..... minta datang ke sini untuk jumpa bayi puan kali terakhir", dan toleh padaku.

Aku mula translate, Puan P tengok mataku bagai cuba meneka perkataan seterusnya. Mukanya sungguh terdesak. Sebak dan terdesak. Bagai ibu yang mencari dimana anaknya. Terdesak nak mencari harapan untuk anaknya. Fighting for a life she shared 24 weeks with.

For the last time", kalau di alihbahasa jadi 'Terakhir'. Aku tersekat di perkataan tu. Terkedu lidah. Otak tak dapat cari perkataan lain. Yang lebih lembut, yang lebih indah, yang lebih selesa didengar.

Tak sampai hati nak ucapkan perkataan tu kepada Puan P. Tapi aku cakap jua.
Lagi berat mata memandang lagi berat bahu memikul.

Clearly that word brought her world crashing down.

Tangisan raungan seorang ibu mengenangkan nasib anaknya yang akan ditamatkan hayatnya dalam beberapa jam lagi. Anaknya sudah cacat, dan akan dipotong talian hayatnya, buat selamanya. Terpisah dari ibunya..... apalah nasibnya.

"Sebentar lagi kami akan bawa kan kerusi roda, dan puan dapat pergi ke bawah untuk jumpa anak puan"

Dia hanya mampu angguk. Tunduk sepi tak bermaya. Bagai tak ada hidup lagi baginya. Airmata bergenang, banjir titis ke katil.

Aku senyum simpati... Konsultan bagi insyarat. Kami keluar dari bilik itu. Biarkan dia sedikit masa.

<;">Semua doktor, jururawat dan midwife mengeluh.

"Well done izad"

"Dia ni sampai semalam, PROM, membran dia pecah awal, 24 minggu. Kami buat c-section malam tu, babynya develop intraventricular hemorhage, steroid pun tak dapat bertindak untuk paru paru. The chances untuk baby dia normal sangat rendah. Kalau kita teruskan ventilator, mahal, dan baby tu tetap akan mati, atau pun cacat seumur hidup, jadi memang right decision ni, untuk semua pihak."


Aku pun angguk. melenguh.


What a start of the day.

8 kritikus:

Witty Angel said...

sedihnye...
=(...
huhu
owh nyway ni ke entry monday yg ko suruh kiteorg bace tu..hahahaha..cest aku ingat kan entry nak cakap aku best ke ape.hahahaah,..kecewa..ahahaha,..
weh tesco jom!

shahied said...

sedih2.........

husna said...

huhu sgt sedih...

ameen said...

izad! bahasa melayu awak sangat teruk lah! awak kena rajin berusaha lagi!

aimi said...

sedih2

izadiskandar said...

ameen, agak teruk jugak lah. ish kena buat latihan karangan ni...

tapikan, mmg aku plan nak buat dlam BM, aku tak nak orang putih baca, and also if aku guna english, lagi dramatik jadinye.

aku sedar BM ku tak sepower mu...

gapo dia? glenya glepar..

huk alo, mu dok pehe gi main jauh jauh.

gege sukmo.

Nik Masnizan said...

As a BM teacher, auntie will give you a high distinction...because your story is real and really touched my heart..well done my junior doctor... I am proud of you..keep it up & good luck for your final exams and clinicals..

Along said...

boy, I actually cried when I read this!!!! ;-( I felt for her...really2 felt for her...;-(