When I grow up.. I wannabe a Dr.

Five guys. Malaysians. Once medical students. Once stuck in a house in Summerstown Cork. NOW all Doctors, going separate ways. What will they be up to?? ish macam macam.....

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Monday, November 24

2 entries in a day??! (*edited) Tolol

cakap-cakap izadiskandar

  • Kasihan dunia.
  • Semakin ramai manusia yang berlagak rasul. Menghakimi orang dari luaran, dari tulisan, dari sekelumit kecil yang mereka tahu.
  • Rasul pun tidak begitu.
  • Ramai juga yang berlagak Tuhan. Menjatuh hukum dan yakin betul. Perempuan itu tidak bertudung, dia pasti gatal. Lelaki itu solatnya tidak nampak, dia pasti ke neraka. Budak itu merokok, dia pasti jahat.
  • Besarnya kuasa kita ya. Agaknya kalau semudah inilah merumus manusia, apa perlunya Tuhan? Kau pun boleh buat kan?
  • Perempuan juga semakin murah. Yang cantik (semata-mata) mendapat lesen untuk berbuat apa saja dan berkata apa saja. Bodoh-bodoh begitu kerana mereka cantik. Pandangan stereotaip telah memberi lesen besar pada golongan ini. Ramai yang berebut mahu jadi cantik, tidak ramai pula yang berebut mahu jadi cerdik. Hasilnya? Terwujudlah selambak si-comel-jelita-otak-sifar, bersepah-sepah seperti botol kosong di pasar. Tak ada apa yang nak dijakunkan.
  • Melainkan kau duduk bawah tempurung.
  • Perempuan yang punya akal dan hati boleh dikira dengan jari. Dan bila mereka ini kurang cantik pada pandangan stereotaip tadi, mereka terus jadi... ghaib.Kecantikan dalaman cuma terlihat oleh mata hati. Kecantikan luaran terlihat oleh mata kepala dan mata celah kangkang. Itu majoriti.
  • Kasihan manusia. Pandai bikin sejuta jenis berlian, tapi belum mampu membeza kaca dengan intan. Teknologi bukan main tinggi, tapi fikiran paras buku lali.
  • Kau memang malas baca buku kan?
  • Kau lihat muka depannya saja.
  • Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya, dan aku jual, mana yang lebih mahal?
  • Kau nak beli kulit?
  • Tolol.

9 kritikus:

maestronine said...

blh tambah lg tu.. blogger?? 2-entrer??

ilman aiman said...

double entry, the more the merrier. pushing it up for season 2 eh.. heheh =D

hixoom said...

u must be very angry here..why?

but then..world is never fair..

shahied said...

ni bukan edited ni.. ni trus entri baru ni

ilman aiman said...

say no to HATERS!!!

izadiskandar said...

not angry at all. happy. happy meal. eh, jom mcdonalds

Wahidah said...

wow..kewl kay izad...but that's life...

n Z r A said...

takutnye entry neh o.O"

Anonymous said...

entry yang bagus. tapi bodoh.